Saturday, December 29, 2012

SEJARAH

Assalammualaikum..

Sejarah dalam konteks negara yang kita banggakan.
Awak membanggakan sejarah kemerdekaan negara yang tercinta. Menyanjungi jasa-jasa mereka yang membawa kepada kemerdekaan negara kita. Dan awak sanggup mempertahankan negara tercinta ini daripada dijajah semula.
Ini ialah kata-kata seorang rakyat sebuah negara yang merdeka.

SEJARAH DALAM KONTEKS BOLA SEPAK.
Awak berbangga dengan kelab bola sepak yang anda minati dengan setiap pencapaian mereka dari dahulu sehingga kini. Walaupun kini kelab kesayangan tidak se GAH dahulu, tetapi awak sentiasa menyokong kelab kesayangan tanpa rasa jemu dan sentiasa mengharapkan agar kelab kesayangan kembali ke era kegemilangannya malah ingin mencipta yang lebih baik.
Ini ialah kata-kata seorang peminat sebuah kelab bola sepak yang terkenal di dunia.

Tapi semua lupa yang mereka tidak melihat sejarah Islam di dunia ini. Bagaimana Rasulullah SAW berjuang menyebarkan agama Islam bermula di Mekah selama 13 tahun ( 3 tahun secara sulit dan 10 tahun secara terang-terangan dan hanya 313 orang sahaja yang memeluk Islam).
Kemudian Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah dan bermulalah kegemilangan Islam. Seramai 124,000 penduduk Madinah yang memeluk Islam dan Madinah merupakan negara Islam pertama di dunia yang dipimpim oleh Rasulullah SAW.
Setelah Rasulullah SAW mangkat, bermulalah sistem khalifah yakni dipimpim oleh Khulafah Ar-Rasyidin. Pada ketika ini empayar Islam berkembang luas. Subhnallah.
Selepas pemerintahan oleh khulafah Ar-Rasyidin, bermulalah kerajaan Bani Ummaiyyah. Empayar Islam semakin dikembangkan lagi. Tanah jajahan Islam meliputi 2/3 dunia. Subhnallah.
Setelah itu, Kerajaan Abassiyah pula mengambil alih. Pada ketika ini, Islam menjadi rujukan seluruh alam. Ramai para ulama dan cendikiawan dilahirkan. Imam Syafie', Imam Maliki, Imam Hanafi, Ibn Khaldun dan lain-lain lagi. Anda kenal bukan siapa mereka? Subhnallah. Inilah zaman kegemilangan Islam.
Da akhirnya negara Islam ini jatuh. Tamadun yang dibina musnah. Segala buku-buku yang telah dijilid oleh para cendikiawan di Baitul Hikmah musnah begitu sahaja sebab kelalaian umat Islam yang sudah bersenang/selesa dengan keadaan mereka sekarang.
Dan pada zaman Turki Uthmaniyyah, akhirnya apabila Turki diperintah oleh Kamal Artartuk, kuasa barat tiba-tiba mencapai kegemilangan. Pada pemerintah Kamal, azan dilaungkan bukan dengan bahasa arab. :'( Sedihnya... Ini hanyalah secara ringkas tentang sejarah Islam.

Apakah kita umat Islam pernah memikirkan tentang ini? Pada zaman ini Islam dipandang hina, dipandang rendah, dipandang sebagai pemberontak... APAKAH YANG KITA LAKUKAN SAMPAI DUNIA MEMIKIRKAN AGAMA ISLAM YANG KITA ANUTI INI SEBEGINI RUPA? APA KITA LUPA YANG KITA PERNAH MENJADI NEGARA ISLAM YANG MENCAPAI KEGEMILANGANNYA?

APA YANG PERLU KITA LAKUKAN? ADAKAH ANDA MAHUU MELIHAT PERJUANGAN RASULULLAH SAW DAN PARA SAHABAT TERKUBUR WALAUPUN DI DALAM AL-QURAN TELAH MEMBERITAHU KITA BAHWA AGAMA ISLAM TIDAK AKAN PERNAH TERHAPUS DI BUMI ALLAH SEHINGGA KIAMAT. BANGKITLAH UMAT ISLAM. BERSAMA-SAMA KITA TERUSKAN PERJUANGAN RASULULLAH AGAR AGAMA ISLAM ITU KEMBALI MENJADI GEMILANG. MARILAH KITA MENJADI KHALIFAH DI MUKA BUMI INI. MARILAH KITA JALANKAN AMANAT ALLAH SWT KEPADA KITA IAITU UNTUK MENJADI KHALIFAH DI MUKA BUMI INI SEPERTI FIRMAN ALLAH SWT DI DALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT KE 30 BERMAKSUD , "... AKU CIPTAKAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI BUMI..."

KITA TANYA DIRI KITA SENDIRI. ADAKAH KITA SUDAH MENJALANKAN AMANAH ALLAH SWT INI?

JANGANLAH KITA MEMBANGGAKAN SEJARAH YANG LAIN TETAPI LUPA AKAN SEJARAH ISLAM ITU SENDIRI.

BANGKITLAH UMAT ISLAM!!!!!

Monday, December 24, 2012

Kebesaran Allah SWT

 
Bersama sahabat ke Tanjung Bidara. Maka ambil peluang untuk melihat keindahan alam ciptaan Allah.

Lihatlah kebesaran Allah melalui ciptaan-Nya. Di dalam Al-Quran banyak menceritakan tentang kebesaran Allah yang boleh kita lihat daripada keindahan ciptaan-Nya di muka bumi ini bahkan apa yang ada di langit. Di antara ayat Al-Quran yang menceritakan tentang kebesaran Allah ialah:

1. "Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, pengantian malan dan siang, kapal yang berlayar di laut dengan muatan yang bermanfaat bagi manusia, apa yang diturunkan Allah dari langit berupa air, lalu dengan itu dihidupkan-Nya bumi setelah mati (kering), dan Dia tebarkan di dalamnya bermacam-macam binatang dan perkisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, (semua itu) sungguh, merupakan tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi yang mengerti." - Surah Al-Baqarah: Ayat 164

2. "Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)- Nya ialah kapal-kapal (yang berlayar) di laut tengah seperti gunung-ganang. Jika Dia menghendaki, Dia akan menghentikan angin, sehingga jadilah (kapa-kapal) itu terhenti di permukaan laut. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang selalu bersabar dan banyak bersyukur. Atau Dia akan menghancurkan kapal-kapal itu kerana perbuatan (dosa) mereka, dan Dia memaafkan banyak (dari mereka) dan agar orang-orang yang membantah tanda-tanda (kekuasaan) Kami mengetahui bahawa mereka tidak akan memperoleh jalan keluar (dari seksaan)." - Surah Asy-Syura:Ayat 32-35

3. "Tidakkah engkau (Muhammad) tahu bahawa kepada Allah-lah bertasbih apa yang ada di bumi dan di langit, dan juga burung-burung yang mengembangkan sayapnya. Masing-masing sungguh telah mengetahui cara berdoa dan bertasbih. Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan." - Surah An-Nur: Ayat 40

 


Dan aku terfikir akan kebesaran Allah yang Allah perlihatkan kepada kita. Subhanallah. Sungguh banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita. Nikmat mata yang membolehkan kita melihat ciptaan Allah. Alhamdulillah.

Dan aku terfikir akan dosa-dosa aku seperti pepasir yang tidak terhitung. Dan yakinlah bahawa pintu taubat Allah itu sentiasa terbuka untuk manusia yang ikhlas bertaubat kepada-Nya.

Salah dan silap datangnya daripada aku dan yang baik semuanya datang daripada Allah. Tegurlah aku ketika aku lalai kerana manusia itu tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sama-sama kita mencari keredhaan Allah.

Allah ciptakan manusia di muka bumi ini untuk menjadi hamba kepada Allah dan menjadi khalifah di muka bumi. Jalani perintah Allah dan sentiasa perbaiki diri dari masa ke semasa. In sha Allah.

Ya Allah, janganlah Engkau palingkan hati kami dari jalan-Mu setelah Engkau kurniakan kami jalan-Mu. Amin.










Assalammualaikum,
Norlaila Binti Ahmad.



Solat SUBUH

Assalamualaikum. Dah solat subuh? Jika belum jangan dilengahkan sbb malaikat yang ditugaskan jaga kita tengah tukar shift.

Diceritakan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim sanadnya daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Sentiasa berganti-ganti Malaikat yang menjaga kamu, antara Malaikat yang bertugas siang, mereka bertemu (berkumpul) di waktu solat subuh dan solat asar, kemudian naiklah Malaikat yang bertugas malam menjaga kamu itu, lalu Allah bertanya kepada mereka (malaikat), sedangkan Allah lebih mengatahui tentang keadaan hamba-hambaNya itu, FirmanNya : "Bagaimana keadaan hambaKu?" Mereka menjawab : Kami tinggalkan mereka ketika mereka solat (mengabdikan diri menyembahMu) dan kami datangi mereka ketika mereka mengerjakan solat (mengabdikan diri menyembahMu)".








p/s: Ini bukan hasil penulisan Laila tetapi ini copy paste dari hamba Allah SWT.

Thursday, November 22, 2012

Heart is hurt by some people

Assalammualaikum...

Ya Allah Ya Tuhanku, jika ini ujian daripada-Mu, kuatkanlah semangatku Ya Allah.. Sungguh aku tidak mempunyai ilmu yang banyak dalam hal ini. Aku hanyalah berniat untuk berkongsi apa yang aku dapat daripada ceramah anjuran Uitm dann Aqsa Syarif. Janganlah tweet aku tadi menjadi fitnah. Jika mereka salah seorang daripada yang lalai, Ya Allah Engkau berikanlah petunjuk kepada mereka ke jalan-Mu yang lurus. Ilmu Allah itu luas, dan manusia itu sentiasa lupa. Maka ingat  mengingatkan manusia yang lain adalah tanggungjawab kita. Begitu juga dengan isu Palestin. Isu ini isu tentang UMAT ISLAM. Tetapi tidak di situ sahaja, negara- negara Islam yang lain yang masih bergolak itu pun isu kita bersama. "Sayangilah saudara Islam-mu lebih daripada kamu menyayangi diri kamu sendiri". Aku bukan sesiapa yang mempunyai hak untuk bercerita tentang ini. Tetapi aku rasa aku mempunyai tanggungjawab untuk ingatkan umat Islam.
Bukan sebab isu Palestin aku batak follower. Aku tak perlu semua itu. Cukuplah aku menyampaikan ilmu yang aku dapat untuk orang lain agar orang lain sedar akan tanggungjawab mereka. Dan janganlah kau jadikan isu Palestin untuk menambah follower kau sebab nak bash aku. Janganlah pula aku bersangka buruk kepada dirinya. bersangka buruk itu berdosa. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui akan setiapn sesuatu. Aku berlindung kepada-Mu. Isu Palestin apa yang kita buat ? Soalan ini akan ditanya oleh Allah kelak. Oleh rakyat Palestin yang menuntut hak mereka dengan saudara sesama Islam. Bagaimana kita membantu mereka. Jika tidak mampu, sentiasalah berdoa akan keselamatan mereka. Doa itu senjata umat Islam. Kalau umat Islam bersatu dan doa diperkenankan oleh Allah, In Sha Allah Palestin akan bebas. Tentang isu kemiskinan di negara kita yang dikaitkan dengan isu Palestin kerana kita membantu rakyat luar tetapi rakyat sendiri? Ini semua kerja pemerintah. Ini tanggungjawab pemerintah. Adil pemerintah itu, maka isu kemiskinan mungkin tiada di negara kita. Tanggungajawab kita pula? Bayarlah zakat dan bukanya sekadar zakat fitrah, tetapi zakat harta dan emas yang mungkin kita terlepas pandang. Kerana dengan zakat boleh membantu umat Islam yang memerlukannya. Selain itu, kenapa kita tak contohi kaum cina yang kebanyakan membantu kaum mereka supaya sama tahap dalam hidup. Tetapi kaum kita? Semakin kaya orang itu, hanyalah kekayaannya sendiri dan tidak mahu membantu yang lain. Apa-apa pun kita tanya diri kita sendiri, apa yang kita buat dalam membenteras masalah ini. Bersedekahlah, kerana rezeki kita perolehi ini ialah rezeki Allah.

Maafkan saya jika ada salah dan silap.

Sunday, November 4, 2012

The Call

Assalammualaikum...

Jealousy? Yes, I am. I'll be there soon. InshaAllah. Perhaps, in the year of 2014. Perform umrah instead of Hajj. Waiting for the call. Amin. :)