Friday, July 20, 2012

I'm Back

assalammualaikum...


Alhamdulillah, I'm back! It's very a long time for me to update my blog. InshaAllah, I'll update soon.

Ramadhan 1433 Hijrah

ASSALAMMUALAIKUM WBT


Alhamdulillah, masih bernyawa tika Ramadhan 1433H. Bersyukurlah wahai manusia, bahawa anda mampu lagi bertemu lagi bulan yang penuh dengan kerahmatan dari Allah. Maka, marilah kita mengambil peluang untuk menambah amal ibadah kita pada bulan mulia ini kerana kita mungkin tidak akan bertemu dengannya lagi. Insha-Allah. Sempena bulan mulia ini saya ingin kongsikan seperti di bawah :


LAFAZ NIAT PUASA SEBULAN:

Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala


 LAFAZ NIAT PUASA HARIAN : 


Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala


LAFAZ DOA BERBUKA PUASA :


Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.



LAFAZ DOA SELEPAS BERBUKA PUASA :


Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaya sudah menjadi bosan segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.



Antara kelebihan bulan Ramadhan ialah :
  1. Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa selama manusia itu bernyawa.
  2. Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar di mana yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalan pada malam tersebut. Carilah malam Lailatul Qadar, pada 10 malam terakhir Ramadhan.
  3. Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al_Quran pada bulan Ramadhan. Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al_Quran besertakan maksudnya.
  4. Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  5. Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan. Jika masih lagi terdapat kejahatan yang dilakukan oleh manusia itu, maka itu disebabkan nafsu manusia itu. Maka mohonlah keampunan daripada Allah dalam bulan mulia ini.
  6. Kegembiraan orang yang ikhlas berpuasa pada bulan Ramadhan ialah apabila sampainya waktu berbuka puasa kerana dia berjaya menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan. Insha-Allah.
  7. Solat sunat terawih hanya boleh dilakukan pada bulan Ramadhan sahaja.

Marilah kita Khatam Al-Quran pada bulan yang mulia ini iaitu bulan turunnya Al-Quran. Insha-Allah. (^_^)

p/s: Yang baik datangnya dari Allah, yang kurangnya datang dari saya. Ampun dan maaf dipinta atas kekurangan dalam penyampaian ini.


Si jejari yang berkata.

Thursday, July 19, 2012

Duduk Antara Dua Sujud


ASSALAMMUALAIKUM WBT

Entry ini sebenarnya saya re-post balik dari blog saya yang lama. Seperti yang tertera pada tajuk, "Duduk Antara Dua Sujud", Insha-Allah kalau anda Islam anda tahu apa yang hendak saya sampaikan. Info ini saya  perolehi semasa saya pratikal pada tahun 2010 di Petronas Carigali. Selepas membaca email tersebut, saya merasakan diri saya amatlah lalai. Sejujurnya, selama ini kita solat kebanyakannya kita tidak ambil peduli akan maksud-maksud bacaan solat kita. Saya tidak mengatakan manusia lain, ini kisah diri saya sendiri. Bertapa lalainya saya apabila menemui Cinta yang sejati. Dan dari situ juga saya menyedari mengapa selama ini solat saya tidak pernah khusyuk. Hari ini saya kongsikan makna disebalik bacaan duduk antara dua sujud. 









BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

Buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan.

Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima.

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita.

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu.




p/s: Jika ada salah, sila betulkan diri saya. Ampun dan maaf dipinta. Yang baik semuanya datang dari Allah dan yang jahat datangnya dari saya.


Si jejari yang berkata.

Tuesday, July 17, 2012

Mukadimah


ASSALAMMUALAIKUM W.B.T


Alhamdulillah, kini blog berwajah baru. Terima kasih kerana follow blog saya yang baru. Untuk pengetahuan, blog lama saya sudah privatekan lagipun blog lama lama dah tak update since Februari 2012. Saya masih manusia yang sama dan mungkin kali ini penulisan bertemakan "RANDOMNESS". Insha Allah. Minta maaf jika anda tidak suka penulisan saya, dan terima kasih bagi yang menyukainya. Saya hanyalah manusia yang lemah yang menyukai bidang penulisan. Mungkin selepas ini anda akan melihat entry yang banyak dalam satu hari. Entry-entry ini sebenarnya dah lama saya hendak post di blog saya yang lama, cuma tidak terpost. so, enjoy it. 

Antara sebab penutupan blog yang lama ialah:
  1. Blog yang lama banyak menceritakan tentang kisah hidup saya dan saya merasakan yang penceritaan saya banyak tidak memberi manfaat kepada si pembaca. 
  2. Penukaran konsep penulisan. Dahulu lebih kepada diari kehidupan, kini ingin menukarnya kepada konsep yang bersahaja seperti, resepi, ilmiah, cerpen pendek, kawan dan lain-lain.

Berharap agar anda menyukainya. Jika ada kekurangan ampun dan maaf dipinta. 

My blog full with TULIP. I love Tulip so much. It is my favorite flower. 

p/s: Tulip ini tidak berkaitan. Sesaja nak test gambar. (^_^)


Si jejari yang berkata.