Thursday, November 22, 2012

Heart is hurt by some people

Assalammualaikum...

Ya Allah Ya Tuhanku, jika ini ujian daripada-Mu, kuatkanlah semangatku Ya Allah.. Sungguh aku tidak mempunyai ilmu yang banyak dalam hal ini. Aku hanyalah berniat untuk berkongsi apa yang aku dapat daripada ceramah anjuran Uitm dann Aqsa Syarif. Janganlah tweet aku tadi menjadi fitnah. Jika mereka salah seorang daripada yang lalai, Ya Allah Engkau berikanlah petunjuk kepada mereka ke jalan-Mu yang lurus. Ilmu Allah itu luas, dan manusia itu sentiasa lupa. Maka ingat  mengingatkan manusia yang lain adalah tanggungjawab kita. Begitu juga dengan isu Palestin. Isu ini isu tentang UMAT ISLAM. Tetapi tidak di situ sahaja, negara- negara Islam yang lain yang masih bergolak itu pun isu kita bersama. "Sayangilah saudara Islam-mu lebih daripada kamu menyayangi diri kamu sendiri". Aku bukan sesiapa yang mempunyai hak untuk bercerita tentang ini. Tetapi aku rasa aku mempunyai tanggungjawab untuk ingatkan umat Islam.
Bukan sebab isu Palestin aku batak follower. Aku tak perlu semua itu. Cukuplah aku menyampaikan ilmu yang aku dapat untuk orang lain agar orang lain sedar akan tanggungjawab mereka. Dan janganlah kau jadikan isu Palestin untuk menambah follower kau sebab nak bash aku. Janganlah pula aku bersangka buruk kepada dirinya. bersangka buruk itu berdosa. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui akan setiapn sesuatu. Aku berlindung kepada-Mu. Isu Palestin apa yang kita buat ? Soalan ini akan ditanya oleh Allah kelak. Oleh rakyat Palestin yang menuntut hak mereka dengan saudara sesama Islam. Bagaimana kita membantu mereka. Jika tidak mampu, sentiasalah berdoa akan keselamatan mereka. Doa itu senjata umat Islam. Kalau umat Islam bersatu dan doa diperkenankan oleh Allah, In Sha Allah Palestin akan bebas. Tentang isu kemiskinan di negara kita yang dikaitkan dengan isu Palestin kerana kita membantu rakyat luar tetapi rakyat sendiri? Ini semua kerja pemerintah. Ini tanggungjawab pemerintah. Adil pemerintah itu, maka isu kemiskinan mungkin tiada di negara kita. Tanggungajawab kita pula? Bayarlah zakat dan bukanya sekadar zakat fitrah, tetapi zakat harta dan emas yang mungkin kita terlepas pandang. Kerana dengan zakat boleh membantu umat Islam yang memerlukannya. Selain itu, kenapa kita tak contohi kaum cina yang kebanyakan membantu kaum mereka supaya sama tahap dalam hidup. Tetapi kaum kita? Semakin kaya orang itu, hanyalah kekayaannya sendiri dan tidak mahu membantu yang lain. Apa-apa pun kita tanya diri kita sendiri, apa yang kita buat dalam membenteras masalah ini. Bersedekahlah, kerana rezeki kita perolehi ini ialah rezeki Allah.

Maafkan saya jika ada salah dan silap.

Sunday, November 4, 2012

The Call

Assalammualaikum...

Jealousy? Yes, I am. I'll be there soon. InshaAllah. Perhaps, in the year of 2014. Perform umrah instead of Hajj. Waiting for the call. Amin. :)

Alhamdulillah

assalammualaikum...

alhamdulillah, another day, another chance.

Grab it before its too late.

Saturday, November 3, 2012

PULAU PINANG, MALAYSIA

ASSALAMMUALAIKUM...

Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia oleh Allah S.W.T. Diberi peluang sekali lagi untuk update blog yang dah lama bersawang dengan labah-labah. 

Sebagai pelajar universiti yang hidup merantau kerana ingin mempelajari ilmu, maka cuti pertengahan semestar sentiasa membuatkan aku sedih. Ini kerana aku tidak mungkin balik kampung halaman kerana cuti seminggu sahaja. Macam selalu, jadi seorang perantau. Alhamdulillah, pada semester ini suasana berbeza. Hihihi. Walaupun cuti mid sem kali ini jatuh pada Hari Raya Aidiladha, tetapi aku tetap berada di perantuan.

Kami beraya di rumah sewa aku di MELAKA. Terima kasih wahai sahabat Nur Ajrina binti Drahman dan Khairunnisa binti Iskandar sebab temankan aku beraya bersama di perantauan. Bersama-sama dari hari Khamis sehingga Isnin, sangat seronok. Terima kasih untuk memori kita. Maafkan jika aku tidak menjadi tuan rumah yang superb. Maafkan segala kekurangan aku.

Hari Isin ( 29 Oktober 2012 ), unplanned! Pulau Pinang here we go! Alhamdulillah, selamat sampai dan kembali. Akhirnya, aku berjaya menjejak kaki di negeri Pulau Pinang setelah sekian lama aku teringin nak pergi sejak tahun 2008! Kisah kelakar terjadi apabila kami terlepas tempat yang hendak dituju iaitu BUTTERWORTH! Kami ke Sg. Petani. Nasib baik ada bas nak balik Butterworth dari Sg. Petani.

This is few pictures that told us about the unplanned trip by me.

 Melihat permandagan dari Bukit Bendera

Si sahabat yang menjadi teman selama ini. 

Kepada Simaa Audadi, Shazwani dan MaNgah, terima kasih kerana menjadi tourist guide dan terima kasih atas layanan anda kepada kami. Semoga Allah membalasnya.


p/s: yang lain biarlah rahsia. Nothing much to share. Lets the memories remain in my mind.



HIJRAH

Assalammualaikum...

 



Aku pernah berada seperti yang ada di dalam gambar ini. Permulaan hidup aku, dengan seorang yang bertudung dan kemudiannya menjadi free-hair apabila berada di sekolah menengah. Alhamdulillah apabila aku menyambung pelajaran aku di sebuah universiti, aku mulai bertudung kembali walaupun hanya di tempat orang dan aku membuka tudung aku apabila berada di tanah air. Dan aku bersyukur kerana akhirnya, aku berazam untuk 100% memakai tudung pada semester akhir diploma. Dan akhirnya aku berubah kepada stage ketiga, iaitu mulai menutup aurat dengan sempurna. Alhamdulillah, semuanya bermula pada bulan September 2012.

p/s: Doakan aku sentiasa ISTIQAMAH dengan penghijrahan aku ini.

 


Assalammualaikum...



p/s: Walaupun ada yang akan mengata anda apabila anda berubah kepada kebaikan, tetapi yakinlah Allah sentiasa bersama anda. Kuatkan semangat. Sentiasa istiqamah. Carilah keredhaan-Nya.