ASSALAMMUALAIKUM WBT
Alhamdulillah, masih bernyawa tika Ramadhan 1433H. Bersyukurlah wahai manusia, bahawa anda mampu lagi bertemu lagi bulan yang penuh dengan kerahmatan dari Allah. Maka, marilah kita mengambil peluang untuk menambah amal ibadah kita pada bulan mulia ini kerana kita mungkin tidak akan bertemu dengannya lagi. Insha-Allah. Sempena bulan mulia ini saya ingin kongsikan seperti di bawah :
LAFAZ NIAT PUASA SEBULAN:
Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala
LAFAZ NIAT PUASA HARIAN :
Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala
LAFAZ DOA BERBUKA PUASA :
Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
LAFAZ DOA SELEPAS BERBUKA PUASA :
Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaya sudah menjadi bosan segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
Antara kelebihan bulan Ramadhan ialah :
- Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa selama manusia itu bernyawa.
- Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar di mana yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalan pada malam tersebut. Carilah malam Lailatul Qadar, pada 10 malam terakhir Ramadhan.
- Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al_Quran pada bulan Ramadhan. Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al_Quran besertakan maksudnya.
- Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
- Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan. Jika masih lagi terdapat kejahatan yang dilakukan oleh manusia itu, maka itu disebabkan nafsu manusia itu. Maka mohonlah keampunan daripada Allah dalam bulan mulia ini.
- Kegembiraan orang yang ikhlas berpuasa pada bulan Ramadhan ialah apabila sampainya waktu berbuka puasa kerana dia berjaya menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan. Insha-Allah.
- Solat sunat terawih hanya boleh dilakukan pada bulan Ramadhan sahaja.
Marilah kita Khatam Al-Quran pada bulan yang mulia ini iaitu bulan turunnya Al-Quran. Insha-Allah. (^_^)
p/s: Yang baik datangnya dari Allah, yang kurangnya datang dari saya. Ampun dan maaf dipinta atas kekurangan dalam penyampaian ini.
Si jejari yang berkata.





0 comments:
Post a Comment