Thursday, November 22, 2012

Heart is hurt by some people

Assalammualaikum...

Ya Allah Ya Tuhanku, jika ini ujian daripada-Mu, kuatkanlah semangatku Ya Allah.. Sungguh aku tidak mempunyai ilmu yang banyak dalam hal ini. Aku hanyalah berniat untuk berkongsi apa yang aku dapat daripada ceramah anjuran Uitm dann Aqsa Syarif. Janganlah tweet aku tadi menjadi fitnah. Jika mereka salah seorang daripada yang lalai, Ya Allah Engkau berikanlah petunjuk kepada mereka ke jalan-Mu yang lurus. Ilmu Allah itu luas, dan manusia itu sentiasa lupa. Maka ingat  mengingatkan manusia yang lain adalah tanggungjawab kita. Begitu juga dengan isu Palestin. Isu ini isu tentang UMAT ISLAM. Tetapi tidak di situ sahaja, negara- negara Islam yang lain yang masih bergolak itu pun isu kita bersama. "Sayangilah saudara Islam-mu lebih daripada kamu menyayangi diri kamu sendiri". Aku bukan sesiapa yang mempunyai hak untuk bercerita tentang ini. Tetapi aku rasa aku mempunyai tanggungjawab untuk ingatkan umat Islam.
Bukan sebab isu Palestin aku batak follower. Aku tak perlu semua itu. Cukuplah aku menyampaikan ilmu yang aku dapat untuk orang lain agar orang lain sedar akan tanggungjawab mereka. Dan janganlah kau jadikan isu Palestin untuk menambah follower kau sebab nak bash aku. Janganlah pula aku bersangka buruk kepada dirinya. bersangka buruk itu berdosa. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui akan setiapn sesuatu. Aku berlindung kepada-Mu. Isu Palestin apa yang kita buat ? Soalan ini akan ditanya oleh Allah kelak. Oleh rakyat Palestin yang menuntut hak mereka dengan saudara sesama Islam. Bagaimana kita membantu mereka. Jika tidak mampu, sentiasalah berdoa akan keselamatan mereka. Doa itu senjata umat Islam. Kalau umat Islam bersatu dan doa diperkenankan oleh Allah, In Sha Allah Palestin akan bebas. Tentang isu kemiskinan di negara kita yang dikaitkan dengan isu Palestin kerana kita membantu rakyat luar tetapi rakyat sendiri? Ini semua kerja pemerintah. Ini tanggungjawab pemerintah. Adil pemerintah itu, maka isu kemiskinan mungkin tiada di negara kita. Tanggungajawab kita pula? Bayarlah zakat dan bukanya sekadar zakat fitrah, tetapi zakat harta dan emas yang mungkin kita terlepas pandang. Kerana dengan zakat boleh membantu umat Islam yang memerlukannya. Selain itu, kenapa kita tak contohi kaum cina yang kebanyakan membantu kaum mereka supaya sama tahap dalam hidup. Tetapi kaum kita? Semakin kaya orang itu, hanyalah kekayaannya sendiri dan tidak mahu membantu yang lain. Apa-apa pun kita tanya diri kita sendiri, apa yang kita buat dalam membenteras masalah ini. Bersedekahlah, kerana rezeki kita perolehi ini ialah rezeki Allah.

Maafkan saya jika ada salah dan silap.

0 comments:

Post a Comment