Saturday, November 3, 2012

PULAU PINANG, MALAYSIA

ASSALAMMUALAIKUM...

Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia oleh Allah S.W.T. Diberi peluang sekali lagi untuk update blog yang dah lama bersawang dengan labah-labah. 

Sebagai pelajar universiti yang hidup merantau kerana ingin mempelajari ilmu, maka cuti pertengahan semestar sentiasa membuatkan aku sedih. Ini kerana aku tidak mungkin balik kampung halaman kerana cuti seminggu sahaja. Macam selalu, jadi seorang perantau. Alhamdulillah, pada semester ini suasana berbeza. Hihihi. Walaupun cuti mid sem kali ini jatuh pada Hari Raya Aidiladha, tetapi aku tetap berada di perantuan.

Kami beraya di rumah sewa aku di MELAKA. Terima kasih wahai sahabat Nur Ajrina binti Drahman dan Khairunnisa binti Iskandar sebab temankan aku beraya bersama di perantauan. Bersama-sama dari hari Khamis sehingga Isnin, sangat seronok. Terima kasih untuk memori kita. Maafkan jika aku tidak menjadi tuan rumah yang superb. Maafkan segala kekurangan aku.

Hari Isin ( 29 Oktober 2012 ), unplanned! Pulau Pinang here we go! Alhamdulillah, selamat sampai dan kembali. Akhirnya, aku berjaya menjejak kaki di negeri Pulau Pinang setelah sekian lama aku teringin nak pergi sejak tahun 2008! Kisah kelakar terjadi apabila kami terlepas tempat yang hendak dituju iaitu BUTTERWORTH! Kami ke Sg. Petani. Nasib baik ada bas nak balik Butterworth dari Sg. Petani.

This is few pictures that told us about the unplanned trip by me.

 Melihat permandagan dari Bukit Bendera

Si sahabat yang menjadi teman selama ini. 

Kepada Simaa Audadi, Shazwani dan MaNgah, terima kasih kerana menjadi tourist guide dan terima kasih atas layanan anda kepada kami. Semoga Allah membalasnya.


p/s: yang lain biarlah rahsia. Nothing much to share. Lets the memories remain in my mind.



0 comments:

Post a Comment