Saturday, December 29, 2012

SEJARAH

Assalammualaikum..

Sejarah dalam konteks negara yang kita banggakan.
Awak membanggakan sejarah kemerdekaan negara yang tercinta. Menyanjungi jasa-jasa mereka yang membawa kepada kemerdekaan negara kita. Dan awak sanggup mempertahankan negara tercinta ini daripada dijajah semula.
Ini ialah kata-kata seorang rakyat sebuah negara yang merdeka.

SEJARAH DALAM KONTEKS BOLA SEPAK.
Awak berbangga dengan kelab bola sepak yang anda minati dengan setiap pencapaian mereka dari dahulu sehingga kini. Walaupun kini kelab kesayangan tidak se GAH dahulu, tetapi awak sentiasa menyokong kelab kesayangan tanpa rasa jemu dan sentiasa mengharapkan agar kelab kesayangan kembali ke era kegemilangannya malah ingin mencipta yang lebih baik.
Ini ialah kata-kata seorang peminat sebuah kelab bola sepak yang terkenal di dunia.

Tapi semua lupa yang mereka tidak melihat sejarah Islam di dunia ini. Bagaimana Rasulullah SAW berjuang menyebarkan agama Islam bermula di Mekah selama 13 tahun ( 3 tahun secara sulit dan 10 tahun secara terang-terangan dan hanya 313 orang sahaja yang memeluk Islam).
Kemudian Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah dan bermulalah kegemilangan Islam. Seramai 124,000 penduduk Madinah yang memeluk Islam dan Madinah merupakan negara Islam pertama di dunia yang dipimpim oleh Rasulullah SAW.
Setelah Rasulullah SAW mangkat, bermulalah sistem khalifah yakni dipimpim oleh Khulafah Ar-Rasyidin. Pada ketika ini empayar Islam berkembang luas. Subhnallah.
Selepas pemerintahan oleh khulafah Ar-Rasyidin, bermulalah kerajaan Bani Ummaiyyah. Empayar Islam semakin dikembangkan lagi. Tanah jajahan Islam meliputi 2/3 dunia. Subhnallah.
Setelah itu, Kerajaan Abassiyah pula mengambil alih. Pada ketika ini, Islam menjadi rujukan seluruh alam. Ramai para ulama dan cendikiawan dilahirkan. Imam Syafie', Imam Maliki, Imam Hanafi, Ibn Khaldun dan lain-lain lagi. Anda kenal bukan siapa mereka? Subhnallah. Inilah zaman kegemilangan Islam.
Da akhirnya negara Islam ini jatuh. Tamadun yang dibina musnah. Segala buku-buku yang telah dijilid oleh para cendikiawan di Baitul Hikmah musnah begitu sahaja sebab kelalaian umat Islam yang sudah bersenang/selesa dengan keadaan mereka sekarang.
Dan pada zaman Turki Uthmaniyyah, akhirnya apabila Turki diperintah oleh Kamal Artartuk, kuasa barat tiba-tiba mencapai kegemilangan. Pada pemerintah Kamal, azan dilaungkan bukan dengan bahasa arab. :'( Sedihnya... Ini hanyalah secara ringkas tentang sejarah Islam.

Apakah kita umat Islam pernah memikirkan tentang ini? Pada zaman ini Islam dipandang hina, dipandang rendah, dipandang sebagai pemberontak... APAKAH YANG KITA LAKUKAN SAMPAI DUNIA MEMIKIRKAN AGAMA ISLAM YANG KITA ANUTI INI SEBEGINI RUPA? APA KITA LUPA YANG KITA PERNAH MENJADI NEGARA ISLAM YANG MENCAPAI KEGEMILANGANNYA?

APA YANG PERLU KITA LAKUKAN? ADAKAH ANDA MAHUU MELIHAT PERJUANGAN RASULULLAH SAW DAN PARA SAHABAT TERKUBUR WALAUPUN DI DALAM AL-QURAN TELAH MEMBERITAHU KITA BAHWA AGAMA ISLAM TIDAK AKAN PERNAH TERHAPUS DI BUMI ALLAH SEHINGGA KIAMAT. BANGKITLAH UMAT ISLAM. BERSAMA-SAMA KITA TERUSKAN PERJUANGAN RASULULLAH AGAR AGAMA ISLAM ITU KEMBALI MENJADI GEMILANG. MARILAH KITA MENJADI KHALIFAH DI MUKA BUMI INI. MARILAH KITA JALANKAN AMANAT ALLAH SWT KEPADA KITA IAITU UNTUK MENJADI KHALIFAH DI MUKA BUMI INI SEPERTI FIRMAN ALLAH SWT DI DALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT KE 30 BERMAKSUD , "... AKU CIPTAKAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI BUMI..."

KITA TANYA DIRI KITA SENDIRI. ADAKAH KITA SUDAH MENJALANKAN AMANAH ALLAH SWT INI?

JANGANLAH KITA MEMBANGGAKAN SEJARAH YANG LAIN TETAPI LUPA AKAN SEJARAH ISLAM ITU SENDIRI.

BANGKITLAH UMAT ISLAM!!!!!

1 comments:

Anonymous said...

sangat terkesan di hati , betul kata awak . ramai yang melupakan sejarah islam. tapi yang diutamakan adalah sejarah bangsa. hmmphh.

remaja2 Islam harus bangkit . tegakkan kembali syiar Islam .

Post a Comment