Monday, December 24, 2012

Solat SUBUH

Assalamualaikum. Dah solat subuh? Jika belum jangan dilengahkan sbb malaikat yang ditugaskan jaga kita tengah tukar shift.

Diceritakan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim sanadnya daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Sentiasa berganti-ganti Malaikat yang menjaga kamu, antara Malaikat yang bertugas siang, mereka bertemu (berkumpul) di waktu solat subuh dan solat asar, kemudian naiklah Malaikat yang bertugas malam menjaga kamu itu, lalu Allah bertanya kepada mereka (malaikat), sedangkan Allah lebih mengatahui tentang keadaan hamba-hambaNya itu, FirmanNya : "Bagaimana keadaan hambaKu?" Mereka menjawab : Kami tinggalkan mereka ketika mereka solat (mengabdikan diri menyembahMu) dan kami datangi mereka ketika mereka mengerjakan solat (mengabdikan diri menyembahMu)".








p/s: Ini bukan hasil penulisan Laila tetapi ini copy paste dari hamba Allah SWT.

0 comments:

Post a Comment